klik klik

Monday, November 22, 2010

Tersurat dan tersirat.....

ak selalu dengar statement ni.. if u luv sumbody set him free.. if he's urs.. he will be back to u... cos luv make u strong.. aa~~ iye ke..?

LOVE tu mesti ada dikaitkan dengan pengorbanan kan..? agak kekok untuk diungkapkan CINTA tu... kadang rasa malu sendiri....shesss!! dalam hidup ni pun... pengorbanan tu perlu..dan memang ada... do u agree if ak kata..kadang kala pengorbanan tu perlu disimpan rapi kerana ianya lebih baik..? dalam hal cinta..... sungguh jiwa ak sangat lembut dan selalu berbisik sendiri tentang hal ini.... dalam cinta itu sendiri..pengorbanan itu terlalu sukar ditafsirkan.. melepaskan perkara yang ingin terus kita pegang dan genggam rapi..

orang sering kali terlepas pandang dan ambil mudah tentang pengorbanan dalam hal ni.. kenapa ek..? mungkin ianya terlalu sukar nak ditafsirkan... tetapi bukan bagi sisi orang yang berkorban itu...kita tersenyum dan mengukir senyuman manis di bibir..tapi luka di dalam amat berat..... mungkin tiada darah yang mengalir pada zahirnya..... orang hanya melihat yang tersurat tanpa cuba memahami yang tersirat............

pada manusia yang putus cinta.... renung kembali.. semak semula.. hikmah yang ada di sebalik semua itu.. bila kita merasakan tiada yang mendengar..tiada yang memahami...... dan ketika kita terduduk dengan sakit yang ada........ ketika hati merintih kerana terlalu sakit...... tiada apa yang boleh dilakukan kecuali berdoa..... dan kerana bukan kita yang mengaturkan kehidupan.. maka kita masih terus berjuang... siapa kita untuk menghalang cinta itu pergi..? siapa kita untuk memaksa ianya hadir..? dan siapa kita untuk merasa marah bila ianya tidak seperti yang diharapkan..? siapa kita untuk mengeluh pada ketentuan dan fitrah kehidupan...? Allah Maha Mengetahui.....

jujur...ak sering memandang kehidupan ini indah dengan pelbagai warna walau ada ketika awan mendung dan kelabu hitam yang berarak bersamaku...namun ak masih nampak pelangi walau pudar warnanya....hatiku masih bersuara walau mulutku diam membisu............hati ini masih berbisik walau ianya kedengaran lemah sekali.......... masih memanjatkan kesyukuran dan tidak pernah terus membiarkan rasa sesal membungkus diri..........

tetapi ak masih seorang manusia yang bergelar perempuan walau setegar manapun ak pada zahirnya... adakala terduduk... akur meratap dan menangis dalam jiwa.... pernah satu ketika ak memikir hal yang satu ini..tidak cukup ke ak menjaga hati insan lain sampai ada yang xdapat menghormati ak..? xcukup dengan apa yang sudah ak lakukan ke sampai xde belas langsung orang wat ak..? xcukup dengan apa yang sudah ak korbankan ke...sampai ada yang tidak terlintas langsung memikirkan kesedihan insan lain saat diorang gembira...dan kawan ak menjawab..dalam mengejar kebahagiaan orang akan mementingkan kebahagiaan diri sendiri tanpa pedulikan orang lain..

terlalu banyak warna yang kita ada dalam melakar cinta itu..walau ianya mungkin akan terlakar duri...teruslah melakar dan mewarnakannya....kerana dalam hati seorang manusia..cinta itu adalah agung..

memaafkan atas silap manusia dan tidak terus menghukumnya akan membuatkan kita lebih mulia di sisi Allah. Pada manusia lain (sesetengahnya) perempuan itu akan tercemar pada darjat, maruah dan pandangan...

sakit itu seringkali mencatat luka dalam hidup manusia... gagal untuk menaruh harapan untuk terus disayangi dan menyayangi... dan ianya melibatkan satu taruhan yang besar bagi orang yang mencintai kita...

siapa yang begitu bodoh melakukan sesuatu yang sangat jelas salahnya...? seharusnya kita belajar memahami apa yang tersirat di sebalik pengorbanan orang terhadap kita dan memahami mengapa luka itu sengaja dilakukan...dan hanya Allah yang memahami mengapa perkara seperti itu terjadi..dan kita..... sebagai manusia....... jangan hanya tahu menuding jari menyalahkan insan lain..dan membuat andaian berdasarkan yang tersurat... mata yang celik tidak menjamin hati itu tidak buta kan..?

pengalaman lalu banyak membuatkan kita terfikir..pada kehidupan lalu....walaupun pedih ianya tetap mempunyai lembar kehidupan yang tersurat dan tersirat..

ianya untuk ingatan ak sendiri..............

0 comments: