klik klik

Wednesday, December 1, 2010

Kerana Budi.....

Tidak terdaya bagiku
Hendak memetik cintamu
Bimbang nanti tidak kesampaian

Kau bagai hujan yang datang
Menyiram musim kemarau
Indah mu tiada bandingan
Sedang aku cuma dagang yang merantau

Terlalu banyak pengorbanan darimu
Susah senang ku kau mengambil tahu
Sehinggakan ku rasa terharu
Bila mengenangkan budi dan jasa mu
Aku tahu siapa diriku
Bagaikan musafir yang menumpang lalu

Aduhai sayang sungguh tidak ku menduga
Engkau datang membawa bahagia
Entah apakah gerangan di jiwa
Hendak ku tinggal tiada berdaya

Kerana budi aku jatuh hati
Aku tak mengerti ianya terjadi
Kerana budi aku jatuh hati
Kepada mu kini cinta bersemi

haa.. aku bukan nak bercakap soal kawan aku yang bernama budi..hehehe.. xdelah.. ni lirik yang aku rasa ada kaitan tentang budi.. xde dosa pun kan if jatuh cinta tu sebab budi.. tapi yang jadi masalah tu bila... membalas budi dengan memberi cinta...sedangkan dalam hatinya langsung xde... aa.. yelah kan.. terhutang budi.. ada yang terhutang budi sampai tergadai body.... kadang ceteknya pengetahuan dan singkatnya pemikiran buatkan selalu manusia tu tersilap langkah..

cinta itu bukan hadir dalam bentuk paksaan.. bukan juga satu undangan atau yang manusia rencana...cinta itu bagi aku adalah sesuatu yang agung... anugerah dari Tuhan Yang Satu...ingin cinta dan mencintai adalah naluri setiap manusia...

jadi adalah amat tidak adil kiranya meletakkan rasa pura2 dan belas simpati pada yang bukan hak di hati kita...budi itu mahal harganya... dan ia wajar dibalas...tapi balasan dalam bentuk kepalsuan bukan satu perkara yang baik..amat bersalah...

manusia itu juga punya hati...walau dalam diam dan senyum..hati manusia itu masih punya rasa dan bicara..itu satu yang perlu kita faham tentang hidup ini..sungguh kadang aku xmengerti.. bila ada yang mengatakan... dia terlalu baik..aku xboleh sakitkan dia.. dia da banyak tolong aku.. jadi aku perlu buat ni untuk dia.. keliru aku dengan kenyataan yang keluar seakan bersama kerana membalas budi semata.. bukan kerana benar cinta itu hadir... budi mungkin satu sebabnya.. tapi membalas budi dengan cara sebegitu rupa adalah sesuatu yang palsu dan lebih melukakan..

kadang aku takut jika aku terhutang budi pada insan lain.. dan perlu membalasnya dengan memberi cinta...adakah ianya sesuatu yang adil....?? bersama walaupun hati xtimbul rasa cinta yang ikhlas..?? ianya bukan saja melukakan diri sendiri.. tapi melukakan insan lain juga.. adil ke macam tu..? sungguh aku amat tidak faham dengan perangai manusia ini.. ingin menjaga hati tapi langsung xmenyedari ianya lebih menyakitkan..

kenapa aku berbicara tentang hal ini..kerana aku lihat sendiri.. ramai sungguh yang termakan budi dan keliru dengan rasa diri.... nak wat orang tu bahagia tapi bukan dengan cara penipuan ini.....itu lebih melukakan hati..

xpayah bercakap hal orang lain..diri aku sendiri.. bila aku buat baik dengan orang.. sungguh aku xharapkan apa2 balasan.. andai aku buat baik dengan orang yang aku suka juga aku xperlu dia pura2 menyayangi aku.. untuk apa semua kepalsuan itu..?? jangan disebabkan terhutang budi..cinta itu hilang nilainya...sungguh kadang aku memandang rendah pada golongan ini...tak salah untuk membalas budi itu..tapi biarlah cinta hadir bersama kerana ikhlas...bukan dipaksa atau penuh dengan pura2...

banyak lagi cara untuk membalas budi selain memberi balas cinta yang pura2... kan..? berapa lama kita boleh hidup dengan tenang andai penuh dengan kepalsuan semata? dan aku juga amat tidak senang sekiranya ada yang menjadikan budi yang ditabur itu untuk menagih rasa cinta... xde cara lain ke nak dapatkan cinta sampai nak guna taktik kotor..? huh!! emosi sungguh kali ini..

apa gunanya bersama insan lain untuk membalas budi sedangkan dalam hati tersemat nama insan lain..? jika benar ingin membalasnya.. lakukan ianya seikhlas hati.. kosongkan hati.. jangan hanya jasad yang ada untuk membalas budi..tapi kat hati masih ada insan lain.. camne nak bahagia..? pura2 bahagia..? sampai bila..? silap2 bukan membalas budi..tapi tambah derita kat hati...

jujurla pada rasa diri.........kadang benar cinta itu boleh hadir kerana budi..tapi bukan memaksa cinta itu hadir untuk membalas budi.......

0 comments: