klik klik

Thursday, March 11, 2010

TiPs Menjalin persahabatan yang Baik

ni la tajuk ceramah yang diberi..pas tu jenuh la duk mencari...tapi ada baiknya gak..sebab secara x langsung dapat gak tau cmne nak jadi seorang sahabat yang baik...n myb korg leh gak amik input..wat semampu kite..ye x..? anyway kpd sahabat2 sy..sy harap sy dapat menjadi shbt yang baik utk korg..sbb korg adalah sahabt yang baik utk sy...itu da tentu!
* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).
* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?
* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.

> cube pk2 lek...kite ada x mcm tu ek..? tepuk dada tanya selera..tepuk dahi tanya akal..tp dulu cikgu agama kata tepuk dada tanya iman...(^_^)

Sunday, March 7, 2010

CinTa TaK SeMeStInYa BeRsAtu....

Air jernih mula bertakung di kelopak matanya. Terasa sungguh berat dugaan ini. Dania sedar keputusan yang dibuat ketika jiwanya kacau bukanlah merupakan keputusan yang tepat. Hati perempuannya seperti sudah dihiris. Darahnya tidak kelihatan tetapi amat dalam luka itu. Terasa dirinya seperti dipijak-pijak. Insan yang selama ini terlalu rapat dengannya sendiri yang melukakanya. Kekesalan, kekecewaan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Air mata peneman setia. Bodohnya dirinya. Acap kali dipermainkan tetapi masih juga tertipu. Terkenang segala peristiwa yang pernah terjadi antaranya dan lelaki itu. Semakin laju air matanya jatuh. Ah! Terlalu murah air matanya jatuh. Segera dikesat. Lagu Rossa berkumandang. Bait -bait liriknya menyentuh naluri perempuan Dania.
ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku.
“Apa yang patut aku lakukan? Kenapa begitu kuat perasaan ini? Kenapa sukar sangat nak lupakan dia? Sedangkan dia dah pun berjaya tipu aku..mainkan perasaan aku. Dasar lelaki! Ada je alasan! Kalau tak suka tak payah lah pergi! Benci!!!”
Sehelai kertas diletakkan di atas meja. Mata pena laju menari di atasnya. Bercucuran titik jernih jatuh. Segera dikesat agar tidak merosakkan kertas itu. Sebak hatinya saat menulis. Satu lagi penipuan untuk menyembunyikan perasaan di hati. Surat itu dilipat kemas.
“Ah! Aku kena kuat! Tak kan aku nak tunduk dan beri cinta pada lelaki yang tidak tahu menghargai aku”..
Terbayang pula Haikal. Kekasih yang selama ini ada di hatinya. Lelaki itu pernah curang terhadapnya sampai dia pengsan. Dia cuba mencari adakah perasaan cinta itu ada lagi untuk lelaki itu. Mana mungkin dia mencintai dua orang dalam satu masa. Adakah masih ada peluang untuk Haikal kembali bertakhta di hatinya itu? Dania mencari ke mana perginya cinta itu? Apa yang patut dilakukan? Sejak pesanan ringkas yang dihantar oleh Danial bertalu-talu memberitahu bahawa dia telah memberi harapan pada seorang perempuan. Cukup kuat naluri Dania mengetahui siapa gerangannya. Berulang kali Dania memujuk hatinya. Biarkan lah. Lepaskan sahaja. Dan setiap kali itu juga dia menikam perasaannya sendiri. Perlukah dia kembali pada Haikal? Adakah dia sanggup menipu? Dia tidak mampu lakukannya. Mana mungkin dia bersama seseorang dan menipu mencintainya. Tidak adil bagi Haikal! Segala keputusan dibuat malam itu juga.
Pelik sungguh kerana tidak tidur tapi masih lagi rasa segar sedangkan hakikatnya wajahnya cukup lesu. Melihat wajahnya di cermin seakan tidak percaya dia tidak tidur. Matanya cengkung kesan daripada tidak tidur. Pagi-pagi lagi dia mandi dan duduk di ruang tamu. Kemudian pergi ke beranda. Pandangan yang kabur. Kesejukan terasa. Teringat bila pagi-pagi bangun dan sejuk pastinya dia akan menghantar pesanan ringkas pada Danial. Gugur lagi air matanya. Segera dikesat.
“ Ea awalnya kau bangun Nia? Tidur pukul berapa semalam?”
“Ish kau ni menakutkan aku! Tak boleh tidur la. Jiwa kacau sangat. Tak minum Perls pun boleh tak tidur,” balas Dania.
“ Kau tak sihat ke”?
“ Dah kenapa? Muka aku ni macam tak sihat ke? Pagi-pagi lagi aku dah mandi tau. Demam sikit.”
“Makan lah ubat. Ni kan minggu exam nanti apa-apa jadi kan payah”. Erin sudah mula risau.
“Alah kau ni, aku ok lah.Dah jangan nak membebel macam mak nenek. Baik-baik aku tak sakit nanti terus sakit. Kau juga yang pening kena jenguk aku kat hospital”. Serentak itu Dania ketawa.
Tak ikhlas betul aku ketawa. Lantaklah asalkan tak ada orang yang tahu cukup. You can do it! Big girl don’t cry!
Telefon bimbitnya bergetar. Serentak itu nadinya berhenti berdegup. Apa lagi kali ni? Tak cukup agaknya menyakitkan hati aku?Dania takut-takut untuk membaca pesanan itu. Dikuatkan juga semangat. Selepas dua tiga mesej dibalas. Sekali lagi air matanya tumpah. “Menyampah pulak rasanya dengan diri aku ni. Menangis je!ee! Apa dah jadi dengan kau ni Dania? Dah buang tabiat ke? Mamat tu ntah kan ikhlas ntah kan tidak..kau pulak nangis macam mati laki! Whatever happen life must go on!”, hati kecil Dania berkata.
Mujur Dania mempunyai motivasi yang tinggi. Sedikit sebanyak bidang kaunseling yang diambilnya di sini membantunya mengawal emosi. Bertalu-talu mesej yang masuk. Dirasakan hatinya ditikam bertalu-talu. Apa yang diharapkan lelaki ini sebenarnya? Terus sahaja Dania menyalin pakaian dan membawa bungkusan.
“Assalamualaikum Sofia.”
“Waalaikumsalam. Masuklah Nia”.
“Aku tak tahan Pai. Aku ni manusia gak. Masih ada hati. Masih ada perasaan. Dia fikir dia leh muncul dalam hidup aku dan porak-perandakan semuanya? Dia tu fikir guna kepala otak ke kepala lutut? If tak suka nape bagi harapan? If suka pergi jelah! Nape perlu beritahu aku semua ni?Kenapa tak dari dulu dia bataskan hubungan kitaorang? Kenapa? Apa salah aku kat dia? Aku percaya dia. Tapi dia tipu aku bulat-bulat! Bukan..bukan! Dia bukan tipu aku bulat- bulat tapi lonjong-lonjong! Semalam mengaku cinta hari ni cakap tentang perempuan lain. Boleh tak dia hormati dan hargai perasaan aku pada dia? Dia buta! Kau tau tak? Dia tak nampak langsung perasaan aku kat dia! If semua settle baru kitaorang go on..kau tau itulah ayat yang paling aku ingat walaupun aku dah padam. Berkecai Pai hati aku. Bodohnya aku masuk perangkap dia! Aku benci kat dia”, teresak-esak Dania menangis. Itu pun masih tak dapat menggambarkan betapa sakitnya dia rasa. Segera Dania menutup mukanya.
“Aku nangis hodohlah..hehehe...”, kata Dania. Hiba sungguh nada suaranya.
“Dah la tu Nia. Kuatkan semangat kau,” balas Sofia.
“Aku kira kuat lah gak yang kau tu nangis nape?Buat aku lagi sedih!err...nak mintak tolong kau leh tak? Nak or tak kau kene buat gak! Kau bagi barang-barang ni kat mamat tu.”
“Apa ni? bagi kat mamat mana?”, terpinga-pinga Sofia.
“Kau ni..mamat tu lah! Aku dah tak leh nak sebut nama dia. Sakit tau tak? Macam aku hancurkan hati aku sendiri. Dalam ni ada bear yang dia bagi masa hari jadi aku..and gelang yang selama ni aku selalu pakai.”
“Kau betul ke? Tak baik buat macam ni Nia.”
“Habis tu apa dia buat kat aku kira baik lah? Jujurnya aku pun berat nak pulangkan. Sejak dapat bear, bear tu lah yang aku peluk. Gelang tu pun aku selalu pakai. Baju hijau pun masih pakai gelang pink lagi. Tapi aku tak ada pilihan Pai. Dia leh senang-senang buang aku. Bukan aku nak buang dia. Aku tau benda tu mustahil. Aku just nak belajar terima kenyataan dia takkan ada untuk aku. Dan aku kena belajar bergantung pada diri sendiri,” tutur Dania. Satu keluhan dilepaskan.
“As your wish my friend.”
“ Pulangkan kat dia bila aku dah tak ada kat sini. Aku tak sanggup nak tengok dia. Thanks k?”.
“Your welcome. Apa yang kau nak buat sebenarnya?”
“Tak ada apa yang hebat. Balik nanti aku nak terus terang kat Haikal”.
“Baguslah if macam tu”.
* * * * * *
Hari ini hari terakhir peperiksaan. Dania berserah sahaja untuk menjawab soalan nanti. Sejak masalah itu muncul ia benar-benar mengganggu tahap penumpuan dan pemahamannya. Walaupun di depan rakan-rakannya dia nampak tidak ada masalah tapi hatinya sedang menanggung beban dan kesakitan yang amat berat. Matanya berkeliaran mencari kelibat seseorang. Mungkin ini yang terakhir kalinya dia dapat melihat wajah itu. Biarlah dia sahaja yang tahu perasaannya kali ini. Selepas habis peperiksaan nanti dia akan terus pulang ke kampung kerana cuti semester sudah bermula. Semalam Dania berbalas pesanan ringkas dengan Danial. Kalaulah lelaki itu tahu sepanjang mereka berbalas mesej itu air mata Dania laju membasahi pipi. Danial ingin menemani Dania sehingga sampai di Pudu. Dania mengizinkannya. Mungkin kerana selepas ini tiada lagi peluang untuk mereka bersama. Matanya menangkap pada kelibat seseorang. Dania tersenyum sendirian. Dia hanya melihat kelibat lelaki itu berlalu sehingga hilang dari pandangannya. Ah! Kalaulah semudah itu juga menyingkirkan daripada hatinya. Entah bila lelaki itu berjaya mencuri hatinya, Dania sendiri tidak sedar. Biarlah dia merenung dari jauh. Untuk berdepan mustahil baginya kerana dia bukanlah kuat.
Satu jam lima belas minit diperuntukkan untuk kertas peperiksaan hari itu. Segera dia pulang untuk mengemas apa yang patut. Sebelum melangkah keluar, terpandang wajah Ira. Mana mungkin dia ingin berebut dengan kawannya sendiri. Cantik, bijak, matang. Jauh beza dengan dirinya. Mana mungkin dia dapat melawan kehebatan Ira yang masih kaya dengan ciri-ciri perempuan yang bisa mengoncang hati lelaki. Dania hanya tersenyum. Dalam hatinya tidak putus berdoa agar diberikan kekuatan. Telefon bimbitnya bergegar. Mesej daripada Danial yang ingin tahu bila mereka akan bertolak.
Sejurus sampai di kolej, segera Dania melakukan apa yang patut. Satu beg plastik besar diberikan pada Sofia. Perjalanan menuju stesen bas tidak lah memakan masa yang lama. Sampai sahaja di sana sudah pukul 12.30tengahhari . Dalam perjalanan tadi, Dania sudah memberitahu Danial. Kelam-kabut Danial. Danial menyuruh Dania membeli tiket pukul 1.30 petang dan sembahyang di stesen itu dulu. Selesai solat, hati Dania berdegup kencang. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan Danial nanti? Pelbagai persoalan muncul dan juga rasa cemas. Bercampur baur perasaannya ketika itu. Dania berada dalam bas sewaktu Danial kelam-kabut mencarinya. Sebak rasanya saat Dania melihat bagaimana kelam-kabutnya Danial mencarinya.
Mamat ni tak tengok handphone agaknya. Kan dah cakap kat dalam bas. Biarlah. Tak perasan agaknya. Alamak dia dah naik. Adoi! Apa aku nak buat ni?
Hanya senyuman sahaja dilemparkan. Namun dia berbisik pada hati kecilnya “Tenang la hati, bertenang!” dipujuk-pujuk hatinya agar menjadi kuat.
Sepanjang perjalanan sunyi sahaja. Mungkin masing-masing sudah tidak tahu apa yang ingin dibualkan.
Buat-buat je lah baca novel ni. Nasib baik aku pinjam tadi if tak mati kutu aku! Mamat ni pun ya gak nape pandang aku macam ni. Ingat aku ni makanan ke?
Tiba-tiba terasa berat di bahunya.
Ah! Masalah! Ni sengaja ke tak sengaja? Tapi macam betul-betul penat. Hmm..tak apalah. Aku bukan kejam sangat. Tak kan nak tolak dia pulak? Biar je lah. Dia penat sangat agaknya.
Nia juga menutup matanya. Tiba-tiba tangannya terasa seperti dipegang. Kemas. Nampak seperti longgar tapi sukar untuk dilepaskan. Ibarat hatinya. Walaupun hubungannya hanya atas nama ‘sahabat’, tidak selalu berjumpa, sering bergaduh tapi untuk melupakan Danial terlalu sukar. Danial selalu melabel hubungan mereka itu ’teman tapi mesra’. Tidak sanggup rasanya untuk memandang Danial.
Kenapalah kau buat aku macam ni? Kalaulah kau tahu perasaan aku ni macam mana? Apa yang kau nak sebenarnya? Namun ia hanya dalam hati Dania sahaja. Tak terkeluar itu semua. Tersekat di kerongkongnya.
Melihat keadaan Danial yang seperti menangis, mahu sahaja Dania memujuknya. Tapi mana mungkin bila Dania teringatkan Ira. Sayu sungguh hatinya. Bagai disiat-siat.
Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila aku mengatakan aku rela melepaskan kau walaupun hakikatnya tidak? Apa lagi yang boleh aku lakukan? Melihatkan cintamu yang begitu rapuh? Kau bagi aku harapan dalam kau tak sedar. Apa yang kau harapkan daripada aku sebenarnya? Bagaimana aku nak lupakan kau? Sedangkan selama ini kau selalu ada di sisi aku? Permainan apa ini Danial? Saat kau bercerita tentang Ira adakah kau tahu sebenarnya hati aku menangis? Mana mungkin kau tahu kerana aku seolah-olah tidak merasa apa-apa. Mendoakan yang terbaik bagi kau dan dia. Macam yang kau katakan padaku “Cinta tak semestinya bersatu”. Mudah sungguh kan? Nampak ayat yang ringkas tapi ia menikam hatiku! Mahu sahaja aku menangis sepuas-puasnya. Tapi aku tak mahu kelihatan bodoh dan lemah di hadapan lelaki ini. If you feel you love me, so do I, I love you. Stronger you feel then stronger I feel. Macam mana kau boleh tak dapat rasakan perasaan aku itu?
* * * * * *
Mereka menjejakkan kaki di Kuala Lumpur setelah satu jam lebih perjalanan.
“Kita makan dulu ea? Laparlah.” Dania memulakan perbualan.
“Yelah. Nak makan kat mana?” soal Danial.
“Ntah. Tak tahu. Mc Donald nak?
“Hah?”
“Hehehe...ok kita makan kat KFC la ea?”,Seakan sudah memahami yang Danial tidak gemar MacDonald. Serentak dengan itu hidung Danial ditarik.
Entah apa yang dikatakan oleh Dania sampai Danial menekup mulutnya.
Terkejut dengan tindakan itu. Tidak disangka Danial menekup mulutnya. Gila betul mamat ni! Buat nadi aku berhenti je!
Barang-barangnya diletakkan di tempat meletakkan beg. Danial yang beria-ia menyuruhnya meletakkan barang-barang itu. Ikutkan bukan berat sangat barang-barangnya.
Mereka menuju ke KFC yang berdekatan, tempat yang selalu mereka makan bersama. Sebenarnya masuk kali itu baru dua kali. Ia agak tersorok dan tidak ramai orang.
Kalau lah kau tahu hati aku sedang menangis dan menahan kesakitan...biarlah kau ingat aku saat aku sedang gembira dan ketawa walaupun hakikatnya hatiku parah.
Mereka berbual dan bergurau. Tapi hati Dania diruntun pilu. Mungkin juga Danial. Tidak diminta perkara seperti ini berlaku. Apakan daya sudah tertulis begini lah perjalanan perhubungan mereka.
Menahan sakit bukan sesuatu yang mudah. Menahan perasaan memang menyeksakan!
Berjalan sambil berpimpin tangan walaupun mereka bukanlah pasangan kekasih. Kalaulah benar apa yang diucapkan Danial. Sarat rasanya perasaan yang mereka tanggung. Mencintai tak semestinya memiliki. Rasa ingin memiliki dan rasa cinta adalah dua perkara yang berbeza.
“Kalaulah aku mampu tidak melepaskan kau pergi Danial. Tapi kalau itu yang terbaik untuk kau, aku rela. Aku harap aku dapat melepaskan kau dengan ikhlas”. Itulah yang berkata-kata dalam hati Dania.
Danial ingin menyatakan sesuatu tapi Dania tidak memberi peluang untuknya.
Ahh! Apa lagi yang nak kau ucapkan? Aku tak sanggup nak mendengar tentang perhubungan yang baru kau jalinkan dengan Ira. Cukuplah apa yang aku rasakan selama ini. Ini pun sudah cukup menyeksaku!jerit hati Nia.
“Nia, Danial rasa Danial nak jadi macam dulu. Ok tak?”
“Ntah. Tak tahu. Bukan masalah Nia”,balas Nia.
“Nia marah kat Danial ke? Benci kat Danial?, sayu sungguh nada Danial.
Ahh! Apa yang ada dalam fikiran mamat ni? Kalau aku marah tak kan aku nak bagi dia ikut aku sampai ke sini! Kalau aku boleh benci dia tak lah aku menanggung perasaan dan membiarkan kesakitan ni membunuhku! Sampai sekarang masih tidak boleh membaca fikiranku.
“Huh! Tak marah dan tak benci. Jomlah turun”, kata Dania.
Sesungguhnya dia tidak mahu menjadikan pertemuan itu sedih.
“Sepatutnya bas dah ada tapi jam jadi lewat. Nia ok ke?”
“Em..ok. Danial pergilah solat dulu k? Bas Danial pukul 6.30 petang”.
“Nia sakit kepala ke?”
“Tak..tak Nia ok. Jangan risau”.
Kepala Nia memang sakit sebenarnya. Dengan bunyi bas dan tidurnya yang kerap terganggu dek masalah yang muncul. Ditambah lagi dengan peperiksaan. Sedaya upaya dia melawannya.
Selesai solat Danial menemui Dania. Nampak betapa risaunya Danial untuk membiarkan Nia keseorangan. Namun masa berlalu dengan pantas. Masa untuk mereka berpisah. Ikutkan hati mahu sahaja Nia menangis dalam dakapan Danial tetapi prinsipnya begitu kuat melarangnya.
Danial telah pun pergi meninggalkannya. Sebak rasanya. Setelah satu jam lebih menunggu akhirnya Nia menaiki bas.
Dalam perjalanannya, semakin laju air mata yang jatuh membasahi pipinya.
Aku harap kau bahagia Danial. Dan aku harap aku dapat melupakan dirimu. Benar katamu cinta tak semestinya bersatu. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Sesungguhnya aku tidak berdaya melawan perasaan yang sedang ku tanggung ini. Dugaan apakah ini? Saat aku rasa kebahagiaan itu hampir datang kepadaku tetapi ditarik balik. Banyak sungguh kesalahan yang telah aku lakukan. Berikan lah aku kekuatan. Jika dia bukan untukku, jauhkanlah hatiku daripada hatinya dan hatinya daripada hatiku, Ya Allah. Sesungguhnya aku lemah untuk melawan perasaan ku sendiri. Bantulah aku agar aku mampu melupakannya. Dan sekiranya dia adalah jodoh buatku, permudahkanlah jalan bagi kami. Aku meninggalkannya bukan bermakna tiada cinta untuknya tetapi memberinya ruang untuk memutuskan apa yang terbaik untuknya. Dan aku mendoakan yang terbaik untuknya. Kerana dia satu-satunya insan yang sentiasa berada di sampingku dan telah aku letakkan tempat yang istimewa untuknya di hatiku pada masa ini. Masa akan merubah segalanya. Dan jika dia bukan untukku, aku redha menerimanya. Kau datang bagaikan mimpi, kau hadir tak ku sedari. Entah bila kau mula bertakhta di hati ini. Kuatkan lah semangatku, Ya Allah. Jangan biarkan aku terus hanyut dibuai perasaan yang aku sendiri tak mampu tanggung ini.
Bercucuran akhirnya air mata yang sedari tadi ditahan-tahan. Kenangan bersama Danial bagaikan wayang di hadapannya. Dia menahan perasaannya di hadapan lelaki itu. Tidak mahu menangis di depan Danial. Dan sekarang dia menangis semahu-mahunya. Melepaskan insan yang sekarang ada di hatinya.
Biarlah..lepaskan dia..berkali-kali aku memujuk hatiku. Tenanglah wahai hati. Cinta tak semestinya bersatu. Pelangi itu indah. Terdapat tujuh warna. Begitulah indahnya pelangi. Kehidupan ini juga indah sebenarnya. Untuk membentuk sebuah pelangi yang cantik kita memerlukan dua elemen utama iaitu cuaca cerah yang disinari matahari dan juga hari yang disirami hujan. Ia akan membentuk sebuah pelangi yang cantik. Begitu jua kehidupan ini. Untuk menjadikannya indah, kita memerlukan hari gembira dan juga hari sedih yang mematangkan lagi kita dan menjadikan kehidupan itu menjadi lebih bererti. Benar kata seorang pujangga kehidupan ini terbina antara pahit dan manis. Jika selalu sahaja pahit hati akan menjadi rawan dan jika selalu sahaja manis hati akan menjadi bosan. Jalan yang lurus bukan lah jalan yang terbaik untuk kita belajar, mungkin jalan yang bengkang-bengkok, terdapat pelbagai halangan lebih baik untuk kita belajar dan menjadikan kita lebih menghargainya. Anggap ini sebagai satu siri perjalanan dalam kehidupan kita. Itulah guru kita yang tebaik. Bersabarlah hati, tenanglah. Jangan berhenti berjalan. Bila jatuh bangunlah dengan segera. Janganlah terus meratapi atas apa yang terjadi. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai hambaMu yang redha akan ketentuanMu. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui sesuatu yang masih tersembunyi dan lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hambaMu ini.
Lagu Sayang dendangan KRU yang pernah diberi oleh Danial berkumandang. Semakin laju air matanya. Biar lah dia menanggung perasaan yang sarat di hatinya.
Danial, benar katamu cinta tak semestinya bersatu sayang....
Ada apa dengan cinta itu?
Hati ini sentiasa menyebut namanya tapi tidak pernah terluah dengan kata-kata..
Cinta itu bukan sesuatu yang merosakkan tetapi amat indah.
Cinta bukan untuk memusnahkan tetapi semangat untuk terus mara..
Tetapi mengapa kesakitan ini yang aku rasakan?
Semakin dalam mencintai seseorang dan terpaksa melepaskannya...
Ibarat mentari yang tidak menghangatkan..
Ibarat pelangi yang hilang warnanya...
Wahai hati, tenanglah..
Usah dibiarkan cinta ini membunuhmu..
Berserahlah pada-Nya...