klik klik

Saturday, March 5, 2011

Cinta & Jodoh...

Aku terbaca satu blog ni...dan aku amat tertarik dengan statement : Sebaik2nya pasangan itu, mereka pasti pernah melukai perasaan kita..dan untuk itu kita harus memaafkannya....
lama aku fikir tentang statement ni...lama juga aku terdiam...

Dalam perhubungan akan wujud satu situasi yang akan terjadi pada kita di mana kita sendiri tidak dapat memahaminya. yang kita rasakan ianya amatla berat untuk kita terima....yang kita rasakan ianya sangat menguji rasa sabar yang ada dalam diri...

Cinta itu sememangnya sangat2 memerlukan pengorbanan. Kadang kala pengorbanan yang tidak pernah kita sangkakan dan terlalu besar sehingga membatasi sudut kemaafan yang hadir dalam diri.

Pernah dan sering terjadi, kita di duga. Kita di duga sehinggakan hilang segala sabar yang ada. Kita merintih dalam diam diri dan kita cuba menjadi pemaaf dngan cara tersendiri. Kita ajar diri kita bahawa kekuatan untuk melayari hidup itu ada. kita ajar diri kita agar kuat menempuh dugaan hidup dan terus tersenyum... bangun dari terus jatuh terduduk... memujuk hati dan mengesat air mata yang jatuh ke pipi... menahan esak tangis yang berlagu sendu dalam hati....

Kadang kala manusia di duga oleh Tuhan kerana mahukan dia menjadi lebih kuat dan sabar menghadapi hari depan. Atau mungkin petunjuk. Atau mungkin sekadar untuk melihat apa yang tersirat dalam diam. Tapi sebagai insan yang diduga kita tetap memiliki pilihan.

Kita berhak memilih apa yang kita mahukan dalam hidup. Kita berhak menilai akan baik dan buruknya luka yang terjadi. Kita berhak untuk melangkah pergi. Atau kita belajar untuk mempertahankan dan melihat kuasa dalaman yang ada pada diri kita sebagai seorang insan. Adakah ini pilihan kita sejak azali atau adakah kita cukup kuat untuk menahan untuk menangis lagi dan lagi?

Dalam gelodak jiwa seorang manusia yang mempertahankan badai cintanya, akan ada satu rasa lemas, tersungkur, mahu kuat dan mahu lupakan segala-galanya.

Ketika ramai yang tidak mampu menahan badai ini...ramai yang memilih untuk bersendiri. Tetapi ramai juga mengambil langkah melupakan luka itu dan terus mempertahankan cinta yang ada. Bila mana kita rasakan kita masih kuat hadir untuk mempertahankannya.

jujur dalam hal ini..... aku amat lemah...... kadang rasa dikhianati itu membuatkan aku gagal dalam mengawal emosi sendiri..dan ada seorang manusia ini yang ingin aku buang jauh dari lipatan kenangan dalam hidup aku...mungkin ia terjadi bukan atas dasar cinta..katala apapun dari mulutnya...mmg sgt2 sukar untuk aku terima...kerana berapa banyak pun kebaikan yg dia lakukan utk aku... sikit pun tidak dapat mengembalikan rasa percaya terhadap dirinya...ia hanya atas sebagai sahabat..dan cukup atas dasar itu....cukup atas NAMA sahaja...... sudah aku maafkan dirinya..kerana aku sedar setiap manusia itu pasti akan melakukan silap...cuma perbuatannya membuatkan aku rasa sukar untuk dilupakan..biarlah..sudah aku doakan bahagia untuk nya...

dont want banana fruit two times..hahaha..hampeh bila guna bahasa penjajah ni...g translate sebijik2 camni la jd nya..air terjun patutnya waterfall ley jadi water jump... tbe2 ley jadi arrive arrive..padahal suddenly sudah..hahaha...

penat gak kan rasa camni..kdg wat kite sedih..tersenyum n menangis sendiri..kadang kita pun xphm nape kita macam tu...Perpisahan itu mcm ada dua cabang berpisah, satu berpisah jauh kerana terpaksa dan satu lagi berpisah kerana mencari ruang dalam hidup seorang manusia...Ruang agar dirinya difahami dan ruang baginya untuk berhenti berharap. Itu pada cinta yang terputus di tengah jalan, cinta yang hampir temui noktahnya tanpa ada sesuatu yang dapat kita selamatkan.....bg cinta jauh pula wujud rs yang pelbagai. Cemburu, tekanan, kurang yakin dan marahkan keadaan. Kita tertanya, kenapa cinta jauh ini amat hebat akan dugaannya, amat hebat akan getarnya dan amat hebat gelombang badainya?

Kerana kita orang yang terpilih untuk merasai akannya. Kita memang boleh untuk memilih yang dekat, yang sering bertentang mata dan yang punya aura yang boleh debarkan kita. Tapi sejujurnya cinta yang jauh itulah yang menggamit pada kita untuk terus setia.

Kita marah pada takdir andai ada dalam helaian hari yang berlalu kita terluka. Bila mana ada salah faham kerana kehidupan yang berlainan acuan, tetapi kita masih mahu terus setia untuk pertahankan. pelik kan....kenapa he..?

mungkin...kerana kita hidup atas rasa cinta. Cinta yang amat abadi itu hadir dalam satu perasaan yang sangat halus dan mendamaikan jiwa dan rasa yang membuatkan kita menangis kerana terlalu menghargai akan manisnya ia.

Jadi, kita abaikan semua kecewa lalu.. kita beritahu pula pada diri dan berbisik pada minda & hati.... kita pujuk diri & hati kita, bahawa dugaan hebat itu memang milik kita. Kerana kita terpilih untuk merasai akan hebatnya ia.

mungkin krna di suatu masa kelak, kita akan memeluk erat bahagia itu dan membuktikan pada dunia bahawa kita telah berjaya mengharungi ia... atau kiranya kita kalah satu hari nanti, itu bukan jodoh yg tertulis utk kita..bukankah jodoh itu satu ketentuan..?dan sbg umat Islam...kita perlu beriman dan percaya pada Qada' dan Qadar. Soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatu pun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Mungkin... pasangan kita itu 'tampak' soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan sesuai dengan tahap iman kita juga...

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]

sama2 kita fikirkan.........

Kerana Kalian Sahabat Aku...

aii.aiii...rasa nak sgt menaip dlm blog....tapi kepala stil berdenyut2..aiihhh~~ nak tdo tp xboleh....so juz taip ayat yg xtersusun ni...maaf2..but kadang aku rasa sgt perlu untuk meluah rasa hati ni... sebentar tadi aku berhubung dengan beberapa teman yang memang aku ingin hubungi.

Aku menghubungi dua orang teman baik yang aku kenali. Sekadar bertanya khabar dan sekadar menunaikan janji yang pernah aku bicarakan suatu ketika. Hanya panggilan yang tidak lebih dari seorang sahabat kepada sahabat yang lain..

Yg seorang ini..kwn perempuan yang aku kira awan mendung sedang berarak dlm hidupnya..dan aku mohon agar dia bersabar...lama juga tidak berhubung dgn nya...rasa sgt ingin melihat wajah comel anaknya itu..entah bila kesempatan itu akan muncul...

Aku juga hubungi seorang adik yang masih belajar tidak jauh dari tempat aku praktikal... Semoga adik ini sihat dan tenang selalu dalam menjalani hidup yang mencabar dan semoga baik-baik disana. even aku rasa xde pun dia anggap aku sbgai kakaknya...naa..silapnya sbb aku juga.... x apalah...aku masih menghargai nilai persahabatan dan rasa sayang yang aku hulur padanya.... juurnya jauh dlm sudut hati aku...mmg aku terasa hati dgn sikapnya....emm..tapi aku juga memahami mengapa tindakannya seperti itu...ya...luka dalam hati itu amat sukar utk dipulihkan even ianya xkelihatan...maaf sahaja mampu aku pinta....

dalam kepala aku...aku mmg merancang untuk berjumpa dgn beberapa teman ini..entah kenapa..tp ada satu rasa...mungkin rindu dengan telatah dan gaya bersahaja mereka yang menghiburkan hati aku..mungkin takut xberkesempatan...apa akan jadi nant tidak kita ketahui... takdir yang menentukan.... masa itu aku harap ada untuk mereka ini dan aku berkesempatan....

Kadang kala kita tunaikan janji untuk menghubungi orang yang kita berjanji itu kerana mahu selesaikan hutang janji itu Tidak perlu untuk membuktikan apa-apa, siapa kuat atau lemah kita, miskin atau kaya kita atau apa pun jua. Kita memandang manusia baik itu sebagai orang yang kita mahu menjadikannya sekadar teman jauh di perantauan, tidak lebih dari itu.
Juga untuk buang sunyi yang satu.

cuma sorang manusia ini..yang aku kira........sudah suram warna wajahnya dlm hidup aku..even sbg seorang sahabat.... biarlah dia...kerana kdg terselit jua rasa menyesal meletakkan segunung rasa percaya padanya.. dia baik..dan sebenarnya amat baik...tapi sayang sekali kerana yang dia musnahkan bukan perkara yang mampu diganti...aku kadang manusia yang amat keras hati bila lembut aku itu seakan jd permainan manusia lain...kata la apa sahaja tentang manusia ini...bukan aku lupa baik budi yang dihulurkan..dia masih sahabat aku..walau hny atas nama....bahagia atau duka yg dia lalui...ku minta agar jauh dri pengetahuan aku....


Buang jauh buruk sangka dan apa jua yang hadir, aku memandang kehidupan ini sebagai janji yang terbaik Tuhan buat aku walau bersendiri..
Tiada apa pun yg perlu aku pertahankan kerana dalam diam ini, aku sudah lama kumpul kekuatan.

Aku punya ramai teman baik yang damaikan tenang aku. Aku punya ramai teman baik yang damaikan hati aku... dan sebenarnya mereka inilah yang membuatkan aku kembali tersenyum kerana kisah dan gelagat mereka yang memberi aku buah dan bunga bahagia dlm hidup ini...

Ada kalanya manusia itu perlukan cara berbeza untuk tenang. Cara yang sampaikan naluri itu jauh sehingga kedalam. Tidak semua sukakan dunia yang ribut dan berbeza atas pentas dan persembahan. Manusia hadir dengan ragam dan sifat diri yang tersendiri. Bila manusia seperti aku ini kadang kala cuma hadir dan bertanya khabar, lain pula cerita yang disoal dan di debatkan akan persoalan minda. Sehinggakan dengan spontan aku sudah tahu bahawa diri di nilai kerana kisah dan cerita yang jauh dari benar dan bukannya di nilai akan jujurnya persahabatan itu.

Persoalan tentang diri: pertanyaan yang menganggu peribadi dan kelakuan orang yang menyakitkan hati, kadang kala cukup seorang manusia itu meletakkan noktah itu. Noktah yang berkata: CUKUPLAH.. Apa perlu sahabat sekiranya lebih meluka dan ada pula nada tinggi rendah yang cuba mengundang marah? ya.... aku mencuba untuk memahami luka yang manusia itu lakukan bukan atas dasar sengaja... namun kata dan bicara lalu itu cukup melukakan...xperlu untuk aku simpan perkara yang hanya dtgkn luka dalam hati bukan..? dan manusia itu biarla dia terus menjadi sahabat yg hny atas nama sahabat shja dlm hidup aku...... siapa pun yang hadir dalam hidup aku kelak....yang menghadirkan pelangi selepas hujan lebat... masih belum dpt membuatkan luka itu hilang darahnya..mahupun parutnya....

Aku masih punya satu kehidupan peribadi yang amat perlu sekali untuk aku pelihara...mohon utk difahami ruang yang satu ini.....

Dan kerana kalian sahabat aku... jujur aku akui bahawa aku amat2 sayang dan rindu pada kalian...dan kerana kalian sahabat aku...aku amat berterima kasih atas huluran salam persahabatan kalian dan menyambut rasa sayang dan kasih atas nama sahabat yang aku hulur pada kaian..... dan kerana kalian sahabat aku....terima kasih untuk bahagia....ketawa..suka...dan segalanya yang kalian hadiahkan untuk aku dalam hidup ini....... kerana kalian merupakan anugerah yang hebat untuk aku yang xkan aku persiakan...

Thursday, March 3, 2011

Dismenorea

tau x apa tu dismenorea..? actually aku baru tau..sbb baru terbaca....adehhh~~ selama ni aku ingt aku ni kene senggugut la..upenya ada nama lain..tapi bila baca..aku seram gak..mana taknya kat buku tu tulis yang SEBAIK - BAIKNYA BERJUMPALAH DENGAN PAKAR SAKIT PUAN. HARUS DIINGAT ! JIKA KAMU MENGABAIKANNYA, MUNGKIN AKAN MENDATANGKAN PELBAGAI MASALAH PADA MASA HADAPAN SEPERTI KETIDAKSUBURAN....
Selama ni mmg aku wat xtau jek dgn perkara ni..tp bila da tau...adehh...semalaman aku xdpt tdo even ujan lebat....aku mmg la amat takut pada bunyi guruh dan kilat yang kuat...huhuhu.... mengalir gak la air mata tu tahan sakit...tu pun aku ganggu sum1 tdo....even mesej je pun tapi aku agak lega cikit la... nk xnak aku makan ubat je la...

jum kite kongsi sikit hasil dari pembacaan aku...

SENGGUGUT :

even senggugut boleh menyebabkan kita xselesa, tapi ini adalah perkara normal yang sering berlaku ketika "bulan penuh "..biasanya ia akan bermula pada hari pertama kita dtg bulan dan akan berkurangan di hujungnya. senggugut kemungkinan besar disebabkan oleh bahan kimia Prostaglandin yang dihasilkan oleh badan yang menyebabkan otot uterus mengecut.

so bila terkena senggugut perkara ni boleh dilakukan :
1. abaikan senggugut yg berlaku sehari atau kurg drpd sehari.
2. beli ubat di farmasi utk melegakan kesakitan. berhati2 supaya x ambil ubat yg mengandungi aspirin.
3. ley gunakan tungku yg dipanaskan utk legakan kesakitan
4. melakukan senaman ringan juga digalakkan ketika "bulan mengambang" sbb secara x langsung boleh bantu elakkan kekejangan.
5. urutan juga bantu legakan sakit

* tapi if xjalan gak...kene gak g jumpa pakar sakit puan......

DISMENOREA

kesakitan yg teramat sgt sampai menjejaskan aktiviti harian.. simptom2 :
+ sakit di bahagian perut dan pinggang..
+ kekejangan di bahagian otot paha
+ cirit - birit
+ loya
+ muntah2
+ sakit kepala
+ pening..

sume simptom tu da aku alami....ntah la..xtau gaya apa jek aku nk wat bila sakit ni dtg......... kdg aku beli ubat..aku xtanya lak ada aspirin or x...mmg xtau apa2...if nk ikutkan nk bertungku..puas da...jenuh da aku rasa...tuam segala..
nape aku rasa aku ada dismenorea..? sbb aku CONFIRM akan muntah n rs loya... sakit kepala..Tuhan je tau seksanya cmne..smlm jumpa budak2 masa relief kelas...aku diam jek....nk wat xtvt apa jek..?
budak2 nk jumpa pun...ak terpaksa tolak..xlarat wey......tak tipu punya..... tido pun mcm xtdo.....sbb sakit sgt2.... +_+"
balik sekolah smlm..aku minta kwn belikn ubt..air sarsi...waaa...tdo gak aku jap ptg tu pas mkn ubt..tp mlm lak xtdo...adehhh~~ seksanya rasa.....skg ni..mmg rs nk muntah jek.. sakit la muntah..pedih kot...... selama kat cni..terpaksa la aku bertahan... nk jumpa pakar sakit puan..? ngee~~~ dgr pun da seram...takut kne wat operation...hahaha..
aku ni time sakit cmni baru la bercadang nk jumpa doktor la apalah... tapi nti da xsakit..xnak jumpa...apa aku nk cakap..doktor tu nti nk cek cmne..? da xsakit kan..?

ok la..juz nak kongsi tu jek..so pd yg agak2 ada sakit cmni... g la jumpa pakar...ek..if xtahan.. aku..? aaa~~ntah....