klik klik

Saturday, March 5, 2011

Kerana Kalian Sahabat Aku...

aii.aiii...rasa nak sgt menaip dlm blog....tapi kepala stil berdenyut2..aiihhh~~ nak tdo tp xboleh....so juz taip ayat yg xtersusun ni...maaf2..but kadang aku rasa sgt perlu untuk meluah rasa hati ni... sebentar tadi aku berhubung dengan beberapa teman yang memang aku ingin hubungi.

Aku menghubungi dua orang teman baik yang aku kenali. Sekadar bertanya khabar dan sekadar menunaikan janji yang pernah aku bicarakan suatu ketika. Hanya panggilan yang tidak lebih dari seorang sahabat kepada sahabat yang lain..

Yg seorang ini..kwn perempuan yang aku kira awan mendung sedang berarak dlm hidupnya..dan aku mohon agar dia bersabar...lama juga tidak berhubung dgn nya...rasa sgt ingin melihat wajah comel anaknya itu..entah bila kesempatan itu akan muncul...

Aku juga hubungi seorang adik yang masih belajar tidak jauh dari tempat aku praktikal... Semoga adik ini sihat dan tenang selalu dalam menjalani hidup yang mencabar dan semoga baik-baik disana. even aku rasa xde pun dia anggap aku sbgai kakaknya...naa..silapnya sbb aku juga.... x apalah...aku masih menghargai nilai persahabatan dan rasa sayang yang aku hulur padanya.... juurnya jauh dlm sudut hati aku...mmg aku terasa hati dgn sikapnya....emm..tapi aku juga memahami mengapa tindakannya seperti itu...ya...luka dalam hati itu amat sukar utk dipulihkan even ianya xkelihatan...maaf sahaja mampu aku pinta....

dalam kepala aku...aku mmg merancang untuk berjumpa dgn beberapa teman ini..entah kenapa..tp ada satu rasa...mungkin rindu dengan telatah dan gaya bersahaja mereka yang menghiburkan hati aku..mungkin takut xberkesempatan...apa akan jadi nant tidak kita ketahui... takdir yang menentukan.... masa itu aku harap ada untuk mereka ini dan aku berkesempatan....

Kadang kala kita tunaikan janji untuk menghubungi orang yang kita berjanji itu kerana mahu selesaikan hutang janji itu Tidak perlu untuk membuktikan apa-apa, siapa kuat atau lemah kita, miskin atau kaya kita atau apa pun jua. Kita memandang manusia baik itu sebagai orang yang kita mahu menjadikannya sekadar teman jauh di perantauan, tidak lebih dari itu.
Juga untuk buang sunyi yang satu.

cuma sorang manusia ini..yang aku kira........sudah suram warna wajahnya dlm hidup aku..even sbg seorang sahabat.... biarlah dia...kerana kdg terselit jua rasa menyesal meletakkan segunung rasa percaya padanya.. dia baik..dan sebenarnya amat baik...tapi sayang sekali kerana yang dia musnahkan bukan perkara yang mampu diganti...aku kadang manusia yang amat keras hati bila lembut aku itu seakan jd permainan manusia lain...kata la apa sahaja tentang manusia ini...bukan aku lupa baik budi yang dihulurkan..dia masih sahabat aku..walau hny atas nama....bahagia atau duka yg dia lalui...ku minta agar jauh dri pengetahuan aku....


Buang jauh buruk sangka dan apa jua yang hadir, aku memandang kehidupan ini sebagai janji yang terbaik Tuhan buat aku walau bersendiri..
Tiada apa pun yg perlu aku pertahankan kerana dalam diam ini, aku sudah lama kumpul kekuatan.

Aku punya ramai teman baik yang damaikan tenang aku. Aku punya ramai teman baik yang damaikan hati aku... dan sebenarnya mereka inilah yang membuatkan aku kembali tersenyum kerana kisah dan gelagat mereka yang memberi aku buah dan bunga bahagia dlm hidup ini...

Ada kalanya manusia itu perlukan cara berbeza untuk tenang. Cara yang sampaikan naluri itu jauh sehingga kedalam. Tidak semua sukakan dunia yang ribut dan berbeza atas pentas dan persembahan. Manusia hadir dengan ragam dan sifat diri yang tersendiri. Bila manusia seperti aku ini kadang kala cuma hadir dan bertanya khabar, lain pula cerita yang disoal dan di debatkan akan persoalan minda. Sehinggakan dengan spontan aku sudah tahu bahawa diri di nilai kerana kisah dan cerita yang jauh dari benar dan bukannya di nilai akan jujurnya persahabatan itu.

Persoalan tentang diri: pertanyaan yang menganggu peribadi dan kelakuan orang yang menyakitkan hati, kadang kala cukup seorang manusia itu meletakkan noktah itu. Noktah yang berkata: CUKUPLAH.. Apa perlu sahabat sekiranya lebih meluka dan ada pula nada tinggi rendah yang cuba mengundang marah? ya.... aku mencuba untuk memahami luka yang manusia itu lakukan bukan atas dasar sengaja... namun kata dan bicara lalu itu cukup melukakan...xperlu untuk aku simpan perkara yang hanya dtgkn luka dalam hati bukan..? dan manusia itu biarla dia terus menjadi sahabat yg hny atas nama sahabat shja dlm hidup aku...... siapa pun yang hadir dalam hidup aku kelak....yang menghadirkan pelangi selepas hujan lebat... masih belum dpt membuatkan luka itu hilang darahnya..mahupun parutnya....

Aku masih punya satu kehidupan peribadi yang amat perlu sekali untuk aku pelihara...mohon utk difahami ruang yang satu ini.....

Dan kerana kalian sahabat aku... jujur aku akui bahawa aku amat2 sayang dan rindu pada kalian...dan kerana kalian sahabat aku...aku amat berterima kasih atas huluran salam persahabatan kalian dan menyambut rasa sayang dan kasih atas nama sahabat yang aku hulur pada kaian..... dan kerana kalian sahabat aku....terima kasih untuk bahagia....ketawa..suka...dan segalanya yang kalian hadiahkan untuk aku dalam hidup ini....... kerana kalian merupakan anugerah yang hebat untuk aku yang xkan aku persiakan...

0 comments: