klik klik

Friday, February 25, 2011

Cinta terhalang...

bercakap soal cinta..aku rasa aku xpakar pun..tapi aku terpanggil untuk bercerita perihal cinta ni...hahaha..mmg sgt luar alam kan..? Siapa pun yang bercinta akan menempuh dugaan yang kadang xterfikir pun dek akl dan langsung x dipinta.. Sedikit demi sedikit akan hadir satu gelombang yang tiada terlawan akan hati dan setia perasaan. Kadang kala manusia cuba untuk abaikan rasa itu. Rasa mengapa dan akibatnya dari gelombang itu. Dalam dirinya cuba berjuang. Berjuang agar satu perhubungan itu tidak putus ditengah jalan. Berjuang supaya ianya menjadi perkara terindah yang kekal melakar sejarah, tapi sejauh mana ada juang dan semangat itu?

Dalam percintaan yang paling paling penting ialah restu. Tanpa restu hidup bagai x bernafas. Restu itu menjadi hampa sekiranya tiada disertakan dengan tangan dan huluran doa orang tua..... seringkali kita dengar bila anak yang melawan kata ibu ayah itu ialah anak derhaka... tanpa restu itu la sebenarnya manusia itu akan menjadi anak yang hampa...dan sebagai seorang kekasih yang masih cuba mempertahankan rasa agung itu.. pastinya ia membuatkan jiwa itu terluka dan merana...

memang benar sebagai ibu bapa..pastinya mereka mahukan yang terbaik untuk anak mereka..... aku sendiri jika menjadi seorang ibu..aku mahukan yang terbaik untuk anak2 ku...

Situasi A : bertahun bercinta..namun terputus di tengah jalan kerana dugaan yang menggugat nilai setia itu... lama cuba membiarkan rasa itu pergi... kemudian muncul lelaki yang dikira mampu mengubati luka hati.....namun ia tidak seperti yang dijangka...luka yang terjadi menjadi lebih dalam lagi...kali ini ditinggal dengan jnji manis yang menjadi racun bagi si perempuan...si perempuan sukar untuk menerima lelaki2 yang muncul dan mencuba mengetuk pintu hati... ibu bapa si perempuan sibuk bertanya perihal lelaki itu..namun si perempuan rasakan cukuplah..sudah tiada lagi rasa percaya pada lelaki itu...biar atas nama sahabat sahaja...bukan untuk nama lain..masa berlalu dan si perempuan berusaha mengubat hati yang amat dalam lukanya itu.. namun kesungguhan si lelaki yang lama itu melembutkan juga hati seorang perempuan... tapi..dugaan lain muncul pula... family si perempuan seperti x merestui hubungan itu.... sabar dan tabah akan sampai bila... ? taraf dijadikan alasan.... status dijadikan ukuran.. si ibu bapa sangat risau anaknya tidak bahagia dan hidup susah....ada yang cuba memperkenalkan si perempuan dengan lelaki yang lain.. mungkin benar si lelaki lama itu pernah melakukan silap....kadang hati si perempuan juga seakan tertekan...sejarah lama si lelaki yang terus terusan mengugat rasa. kerana ada kenangan hampa dengan si lelaki membuatkan si perempuan terluka. Walaupun dalam diri, perempuan cuba untuk melupakan dan menjadi pemaaf itu tapi sering kali juga ianya tetap menghantui diri.. cuba untuk menjadi pemaaf itu, ianya hanya kenangan lama tetapi pada suatu ketika, kenangan itu yang membunuh akan segala rasa cinta.....


Belajar menjadi seorang pemaaf dan pada masa yang sama untuk menjaga hati sendiri dan orang lain.... amatla sukar...

Dalam sudut hati seorang bernama manusia yang pernah bercinta itu akan cuba hadirkan maaf selalu. Maafkan kenangan silam si dia. Walau pun sangat sukar untuk sentiasa menjadi orang yang baik dan mendengar akan segala yang akan kelak melukakan hati kita. dan cuba bertahan dengan kata2 ibu bapa yang membuatkan hati si anak terluka.............

hmm...juz nak kongsi jek..ak sendiri xtau..but dalam hidup ini aku rasa banyak yang aku belajar..... menjadi seorang anak yang baik dan seorang kekasih yang setia.... sedangkan ia masih tidak mendapat restu keluarga.... bukanlah satu beban yang ringan bagi hati seorang anak... if aku yang alami semua ini...confirm punya ak rasa aku akan jadi sangat tersepit..... rasa mahu lari ke dunia sendiri...

sungguh..ianya bukan mudah bila cinta yang wujud itu cinta terhalang.........
bagi yang melaluinya..ajal pertemuan..jodoh... tu di tangan DIA..berdoalah..selepas berusaha..dan selepas itu bertawakal la.... semoga perkara yang baik itu dipermudahkan olehNYA...

0 comments: